PENDAHULUAN
Kursus Kepimpinan ini merupakan satu program yang diadakan atas kesedaran bahawa remaja alaf baru perlu diberikan pendedahan dan pengalaman ke arah membentuk diri mereka sebagai pemimpin pada masa hadapan dengan mengamalkan budaya dan cara hidup yang sihat serta berupaya menolak pengaruh-pengaruh negatif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara berasaskan konsep kepercayaan kepada Tuhan.
Pengawas Sekolah dan ketua tingkatan merupakan badan khidmat pelajar yang mempunyai peranan yang sangat penting khususnya dalam membantu pihak pentadbiran sekolah dari aspek pelaksanaan dan penguatkuasaan peraturan-peraturan dan disiplin sekolah.
RASIONAL
Sebagai sebuah badan khidmat pelajar yang penting di sekolah, pengawas dan ketua tingkatan perlu diberi latihan khusus supaya mereka dapat :
· menguruskan masa dengan baik
· menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam menjalankan tugas
seharian.
· mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik supaya dapat diterima
dan dihormati oleh semua murid.
OBJEKTIF
· Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif.
· Meningkatkan daya memimpin dan berkomunikasi secara berkesan
dalam mengendalikan kes-kes disiplin.
· Pengukuhan sikap positif.
· Penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni.
· Mengeratkan perpaduan dan menghapuskan prasangka.
· Memupuk dan mempertingkatkan semangat patriotisme dan
nasionalisme.
· Menerapkan nilai-nilai murni dan sifat kepimpinan dalam menjalani
tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
SASARAN
1. Pengawas Sekolah : 67 orang (31 lelaki dan 36 perempuan)
2. Ketua Tingkatan : 25 orang (lelaki)
JADUAL PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN
8 FEBRUARI 2010 (ISNIN)
2.00 PTG : BERTOLAK DARI STESYEN KERETAPI WAKAF
BHARU KE TEMPAT KURSUS
7.00 MLM : PENDAFTARAN PESERTA
7.30 MLM : SOLAT MAGHRIB, KULIAH MAGHRIB DAN SOLAT
ISYAK
9.00 MLM : TAKLIMAT KURSUS/ICE BREAKING & TEAM BUILDING
11.00 MLM : MENGUKIR MIMPI
9 FEBRUARI 2010 (SELASA)
6.00 PG : SOLAT SUBUH DAN KULIAH SUBUH
7.00 PG : SENAMAN PAGI-RIADAH CERGAS-FIZIKAL TRAINING
8.00 PG : SARAPAN PAGI
8.30 PG : LDK 1 (MALAYSIA KITA)
10.30 PG : UJIAN PERSONALITI
12.30 TGH : MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT ZOHOR
2.30 PTG : RIADAH “TIUBING”
4.30 PTG : SOLAT ASAR
6.30 PTG : PERSIAPAN DIRI DAN MAKAN MALAM
7.30 MLM : SOLAT MAGHRIB, KULIAH MAGHRIB DAN SOLAT
ISYAK
9.00 MLM : CERAMAH 1 : JATI DIRI KEPIMPINAN
11.00 MLM : MINUM MALAM / MENGULIK MIMPI
10 FEBRUARI 2010 (RABU)
6.00 PG : SOLAT SUBUH DAN KULIAH SUBUH
7.00 PG : SENAMAN PAGI-AEROBIK
8.00 PG : SARAPAN PAGI
8.30 PG : CERAMAH 2 : PENAMPILAN DIRI
10.30 PG : LDK 2 (PUBLIC SPEAKING)
12.30 TGH : MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT ZOHOR
3.00 PTG : JUNGLE TRACKING
4.30 PTG : SOLAT ASAR
5.00 PTG : BERIADAH
6.30 PTG : PERSIAPAN DIRI DAN SOLAT ASAR
7.30 MLM : SOLAT MAGHRIB, KULIAH MAGHRIB DAN SOLAT
ISYAK
9.00 MLM : CERAMAH 3 : KEPIMPINAN-AKTIVITI KUMPULAN
11.00 MLM : MINUM MALAM / MENGULIK MIMPI
11 FEBRUARI 2010 (KHAMIS)
6.00 PG : SOLAT SUBUH DAN KULIAH SUBUH
7.00 PG : SENAMAN PAGI
8.00 PG : SARAPAN PAGI
8.30 PG : SIDANG PLENO/PENILAIAN
10.30 PG : PERSIAPAN MAJLIS PENUTUP
11.00 PG : MAJLIS PENUTUP
12.30 TGH : MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT ZOHOR
2.00 PTG : BERTOLAK BALIK
No comments:
Post a Comment